Menu dan Resipi Dalam Kisah~0004

Thursday, 3 July 2014 0 comments
                                                              LAICYKANG

Dah berapa hari Bonda nak makan laicykang untuk berbuka puasa;
Hari ni pasti jadi jugak buat laicykang!
Tak makan nasi pun tak apa.
cuma, tak banyak bahan yang ada, tak apalah.
yang dapat beli tadi ialah, laicy dlm tin, buah longan dlm tin, cendawan putih, cincau, kacang goreng, halwa kundur. cery merah dan hijau (ganti buah kabung) biji selasih. kembang semangkuk dan getah anggur.

Bonda tak minat laicykang yang airnya hitam tu. Buah apa tah namanya, kedai Cina banyak buah tu, warna keemasan yang kulitnya berbulu sedikit. Direbus dan airnya untuk perasa laicykang. tak lalu rasa dia pun tak boleh telan. bonda suka laicykang versi melayu.

Cara-cara untuk sirapnya;
Masak air gula, letak daun pandan, letak pewarna merah, didihkan sehingga air sedikit surut. kemudian sejukkan., masukka perasa ros dan perasa pisang. kacau.
semua bahan2 seperti cendawan putih, getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih dibersihkan dan direndam dengan air masak. suam.

setelah semuanya kembang. sediakan sebuah jag. masukkan air sirap gula tadi. masukka sirap laicy +longan. masukkan cendawan putih yg telah dipotong kecil2. masukkan buah laicy dan longan yang dibelah2 jika ramai yg nak makan kan? nanti berebut pulak, kalau nampak tergolek2 begitu.
Kemudian, belilah ais cube masukkan ais 3 minit sebelum menikmatinya.

tadaaa....

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB