Review ke 2;
- Sa'adiah Mohamad. - Sri Diah Shaharuddin,
Assalamualaikum,
Selamat tengahari Admin-admin dan semua pengunjung;
sambil-sambil berehat seisi keluarga, mari kita hayati kecantikan karya ini;

Penulis: Ana Balqis
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sinopsis:
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sinopsis:
Novel kategori Pena Jiwa yang mengenegahkan isu anak tidak bernasab. Garapan dan teknik penulisan Ana Balqis membuatkan kita tertanya-tanya dengan persoalan yang mahu diketengahkan. Namun, pembaca akan menemui jawapannya. Mereka yang meminati novel sastera, inilah pilihan yang anda cari. Terokailah novel ini dengan rasa teruja dan anda akan menemui satu kepuasan di titik akhir.
Catatan Ana Balqis
Panggil Aku Najiha (PAN) cerita tentang kita. Tentang peristiwa yang pernah terjadi di sekitar kita manusia marhaen. Cerita kita yang pernah jatuh kasih kepada sesorang dan tidak berbalas atau kita yang pernah melukakan atau dilukai. Dikhianati, dimusuhi atau mungkin disayang. Dan, juga tentang insan-insan yang mempunyai pandangan yang jauh dan tersendiri. Yang sanggup mengenepikan hal-hal peribadi yang dianggap kecil dan remeh demi menyempurnakan cita-cita dan idealoginya. Dalam PAN tiada watak jahat kecuali kenakalan-kenakalan kecil kerana bagi saya semua manusia baik. Jika ada perbuatan yang agak 'di luarduga' itu mungkin disebabkan sesuatu yang menekan mereka. Yang jika diurud dengan baik tentunya boleh dikawal.
Itu juga sebahagian dari sisi-sisi kehidupan, seperti kata Najiha kepada Wan Azmi suatu waktu, hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia menjadi manusia. Membijaksanakan akal dan diri." Untuk jadi cerdik pula tidaklah semudah bersiul atau memetik jari. Banyak dugaan dan ujian perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian.
Dalam PAN juga tidak akan ditemui watak Datuk Datin, Tan Sri Puan Sri atau Tengku itu dan Tengku ini kerana bagi saya, mereka itu sangat jauh dari kita para gelandangan yang menerus atau mencari kehidupan dalam keadaan serba sukar. Justeru saya tidak fikir cerita tentang mereka yang disebut itu relavan dengan anda atau saya, Lalu, dari jiwa manusia biasa itu saya tarik sebilangan ceritanya dan saya paparkan di sini.
Mimpi-mimpi yang menemani lelap kita berzaman-zaman ini, saya tukar menjadi harapan walaupun kita tidak punya apa-apa kesaktian. Harapan yang selalunya kerap disalah anggap dengan pelbagai ungkapan negatif seperti, angan-angan mat jenin. Tanpa harapan juga banyak waktu kita akan terbias dari landasan dan sesia. Dalam PAN, saya cuba berlaku adil dan wajar tetapi saya tidak mampu menolak ketentuan takdir lantaran itu ada ketikanya watak-watak itu bagaikan terpaksa menerima sesuatu di luar kemahuannya. Di alam realiti; mampukah kita menolak ketentuan?
Tugas sebagai manusia yang tahan ujian saya serahkan kepada semua watak dalam PAN cuma sengaja dikedepankan Najiha. Saya letakkan kekaburan sejarah peribadinya kerana mahu dia membentuk satu sejarah baharu. Saya mahu dia menjadi pemula yang berhak pada hidupnya. Najiha itu saya angkat dari kisah anak-anak yang tidak bernasab sah tetapi berbekalkan 'anak-anak itu ibarat sehelai kain putih' makanya, saya perkasakan Najiha dengan kekuatan yang diam. Justeru itu saya bebaskan Najiha seperti kita sedang menjalani hidup.
Wan azmi, satu juzuk sedarhana yang hadir dalam PAN. Tidak saya gambarkan secara berlebihan kerana Islam juga berpesan begitu. Dia diam dam mewakili satu kosmo lelaki elit yang menghadapi cabaran dalam bermacam-macam bentuk dan cuba menyelesailan kemelut atau masalah itu dengan tindakan. Tampil dengan rona sentimental, penyayang, tegas, berkarisma di awal 40-an wajar jika dia 'digilai' tetapi tidak saya 'restui' atau melangsungkan Wan Azmi dalam sosok begitu untuk mewajarkan dia memimpin. Namun sesekali dia agak nakal kerana 'kenakalan' itu merupakan satu imitasi dari dunia benar hatta sebagai pemimpin atau manusia biasa dalam satu sisi; sebagai perencah karya.
Kata Wan Azmi,"Sama ada awak percaya atau tak, saya cuna nak beritahu... saya suka awak. Mula-mula sebab wajah awak tapi sekarang saya suka awak sebab awak adalah Najiha."
Kata Nurfatimah kepada Najiha pula,"Kalau kau jujur, kenapa ada rasa salah? Perasaan kasih itu bukan kita buat. Kalau kau percaya TUHAN, mestilah percayakan takdir-NYA sekali."
Setelah itu Najiha semakin teguh dengan keperibadiannya. Dari kosong, dia menerjang hidup dan melalui liku demi liku walaupun adakalanya goyah.
Panggil Aku Najiha, adalah harapan Najiha kepada mereka yang memanggil dan menganggap dia Elina, gadis yang pernah dirindui oleh dua lelaki iaitu Wan Azmi dan Burhan.
Jika disusur ke dalam Islam pula, menjaga aib itu hukumnya wajib. Lalu, barangkali Najiha sedang menjaga aibnya.

Terima kasih kerana saya mendapat novel ini percuma, sewaktu menghadiri satu bengkel penulisan di Karangkraf dan apabila pertama kali saya membaca nukilan Che Tuan Ana Balqis, saya menangis. Bukan kerana sedih, tetapi kerana saya tidak dapat menulis sebaik kata-katanya padahal bahasanya yang mudah kita faham itu diadun menjadi satu bahasa yang sangat bermutu. Kepada yang belum mengenali karya-karyanya lebih elok membacanya sendiri. Dengan izin ya, sifu! Terima kasih. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment