Hasil Pena Ilham : Wan Mazlah Wan Hasan
22/9/13.
1
Minah Kepala Angin - Hey! yang lu orang ni sibuk dengan wa punya status di facebook pehal? Lu ada bayar wa punya line ternet ker? Hei, wa punya sukalah wa mau tulis apa pun. kalu wa tak usik lu punya hidup, lu tak payah tambah kerja lar! Lu pergi makan angin lagi bagus!
Marah benar status Minah Kepala Angin pada satu hari di dalam wallnya. Tentu ada yang cuba stalker wall dia.
Minah Kepala Angin - Hahahaha, sakit pewot wa nak gelak! Apa? Nak saman? Samanlah! Hey! Ini Minah Kepala Anginlah! Siapa yang tak kenal? Ramai yang add wa tau? Lu yang tak malu, follower pun bukan, rakan wa pun bukan, pun sibuk-sibuk! Apa lu ingat wa banyak heran sama lu?
Minah Kepala Angin saja cari pasal. Tulis status yang ganas-ganas bagi pihak lawannya berdesing!
Minah Kepala Angin - Lu dengar sini baik-baik! Kalu wa dok dalam jail pun, wa peduli apa? Asalkan wa boleh menulis! Dunia wa hanya menulis! Tak ada yang paling bahagia dari menulis! Lu tau apa?'
Kali ini, Minah kepala Angin buat ribut dalam tweeter pula. Tidak puas hati betul dia. Apa yang dia hendak marah sangat. Aku pun tak tahu. Aku tak faham dengan perangai kakak aku sendiri.
Minah Kepala Angin - Hahaha, lu kata wa giler! Lu atau wa yang giler! Kalu wa yang giler, lu tu apa? Cari pasal dengan orang giler, lu pun lama-lama jadi sasau! Yang lu dok selak wa punya wall tu pesal? Wa tak kemaruklah nak tengok lu punya wall. Hebat sangatlah tuh!'
Minah Kepala Angin, kalau satu hari tidak bertekak dalam wall tidak sah hidup dia. Aku pun naik hairan. Kalau aku cuba tegur dia, tergolek aku jatuh ditendangnya. Cubalah kalau berani?
Minah Kepala Angin - Hek eleh! Apa lu ingat orang macam wa yang cakap tegas dan kasar ni, tak ada hati perut! Wa cakap tak da selindung tau? Wa cakap, kalau benda tu tak kena pada selera mata wa, tetap tak kena tau? Lu nak tunjuk lagak dengan wa? Apa lu ingat cakap macam mengada-ngada tu, lembut gigi dari lidah tu sedap? Apa boleh buat halwa telinga wa? Wei, lu tak tau ka? Cara cakap macam tu, bodek namanya. Wa tak retilah nak bodek-bodek! Nak muka-muka sana-sini. Wa suka cakap bising-bising! Barulah happy! Ceria! Ini alahai, macam dalam kelambu! Hey! tak suailah dengan cara hidup wa! Tak payahlah suruh wa tiru lu punya cara! Kaki bodek! Boleh blahlah wei!
Tidak habis-habis lagi Minah Kepala angin tu mengamuk di dalam wallnya. Buat aku kecut perut. Aplah nasib aku dapat kakak pun gangster. Tidak boleh silap sikit. Dia saja yang nak memang.
Minah Kepala Angin - Lu tak payah sentap wa la wei! Nak berlagak alim dalam ni plak! Lu sedar tak apa yang lu dah buat pada wa? Lu dah korek wa punya hati, lu dah taruh cuka banyak-banyak, lu suruh wa diam? Lu ingat wa ni siapa? Tak ada maruah? Pompuan kampung yang tak tahu asal dari mana? Tak ada keturunan dan keluarga? Kalu lu dah tau, kenapa lu tak jaga hati wa? Selama ni lu tak pernah nampak wa pun! Sekarang, baru lu nak tau apa wa buat, mana wa tinggal? Masa wa duduk sama lu, pernah lu jumpa wa? Pernah lu cari wa? Lu rasa wa ni tak penting dalam hidup lu. Wa ni sapa pada lu? Bukan sapa-sapa pun! Kalu wa sudah tua nanti. Kalu orang dekat dengan wa dah tak ada, wa tak nampak ada ruang pun untuk wa, kalu macamnilah layanan lu pada wa selama ni. Bila wa dah ambil keputusan jadi gangster macamni, baru lu nak malu? Sudah terlambat! Lu semua yang dah ajar wa jadi kurang ajar!
Marah betul Minah Kepala Angin, padaku. Silap aku juga sebab menegur dia. Aku tidak sangka selama ini dia seorang yang sensitif. Aku ingat orang macam kakak aku tu, dah cukup selesa dengan apa yang kami beri kepadanya. Rupanya dia banyak kebolehan, tetapi kami semua tidak nampak. Kami tidak tolong dia. Padahal kalau kami tolong pun, bukannya jatuh ke mana. Nama keluarga kami juga yang naik. Kakak kami juga yang senang. Tidak payahlah dia bersengkang mata dua puluh empat jam mencari duit semata-mata nak sara persekolahan anak buah kami. Aku sungguh menyesal.
Minah Kepala Angin - Orang macam lu, kalu wa cakap baik-baik, wa cakap lembut-lembut pun lu bukan faham! Dah banyak air mata wa ni tumpah. Bilik wa yang berserabut dan kecik tu yang jadi saksi! Bahang panas sampai mendidih otak dalam kepala wa ni, wa tahan saja, pernah lu orang rasa? Sekarang, air mata wa dah kering! Wa dah tak heran, kalu wa dah tua nanti atau orang yang paling wa sayang dah tinggalkan wa, wa boleh duduk dekat pondok atau di rumah anak-anak yatim! Macam wa dok buat sekarang. Wa lebih senang sambut befday kat rumah anak-anak yatim. Sebab lu orang pun tak pernah tahu hari lahir wa. Wa macam orang asing!
Terpukul betul, bila aku baca status terbaru kakak aku itu. Aku tidak tahu di mana dia tinggal. Dia merajuk terus. Aku betul-betul tidak sangka, selama ini, dia kumpul perasaan dia sehingga menjadi dendam. Bila sudah jadi macam ini, aku tidak patut salahkan dia. Aku yang bersalah selama ini, sepatutnya aku sedar, Allah sudah bagi rezeki yang melimpah ruah kepadaku. Sepatutnya aku berbagi kebahagiaan itu bersama kakakku. Aku mulai sedar, dia hanya perlu sedikit sahaja sokongan daripada aku. Tetapi aku buta selama ini. Aku sangka dia sudah cukup selesa. Rupa-rupanya dia juga ada hasrat untuk berjaya seperti kami. Aku sungguh sedih. Aku tidak tahu bagaimana cara untuk aku memujuknya.
'MAAFKAN AKU DEWI'
1 hb. April tetap akan singgah. Satu April, tetap tercatat di dalam kalendar masihi. Bagaikan kelmarin sahaja peristiwa itu berlaku. Hatiku berasa takut, ngeri dan gelisah, apabila setiap kali akan tibanya April Fool. Betul! Aku tidak sambut hari itu. Aku tidak pernah sambut lagi sekarang. Masa aku masih di bangku sekolah, aku suka kacau rakan-rakan apabila tiba April Fool. Seronok! Mengkhianati rakan-rakan dengan menampalkan kertas di belakang baju mereka. Aku bersekolah di Sekolah menengah Agama. Malu! Menyambut April Fool itu, Haram hukumnya bagi penganut Agama Islam.
1 hb. April tetap akan singgah. Satu April, tetap tercatat di dalam kalendar masihi. Bagaikan kelmarin sahaja peristiwa itu berlaku. Hatiku berasa takut, ngeri dan gelisah, apabila setiap kali akan tibanya April Fool. Betul! Aku tidak sambut hari itu. Aku tidak pernah sambut lagi sekarang. Masa aku masih di bangku sekolah, aku suka kacau rakan-rakan apabila tiba April Fool. Seronok! Mengkhianati rakan-rakan dengan menampalkan kertas di belakang baju mereka. Aku bersekolah di Sekolah menengah Agama. Malu! Menyambut April Fool itu, Haram hukumnya bagi penganut Agama Islam.
“Ha ha ha ha.” Riuh bunyi hilai tawa rakan-rakan apabila ternampak kertas di belakang Nina yang terkena usikanku.
“Ada apa?” Nina perasan apabila rakan-rakanku yang ketawa dan tersenyum itu, memandang dan menjeling kepadanya. Nina membelek-belek pakaiannya. Tetapi tidak ada apa-apapun yang tidak kena.
“Pusing belakang kau Nina.” suruh Leha yang tidak mahu lagi menyimpan rahsia. Kalau dia yang kena tentu dia akan malu, sebab itu Leha tidak sanggup untuk membiarkan rakannya itu dipermainkan.
‘AKU TAK MANDI PAGI’
Nota itu kutampal sebentar tadi di belakang Nina pada waktu pembarisan. Ramai yang tersenyum dan ketawa. Membuatkan Nina malu. Terutama apabila pelajar lelaki yang melihatnya. Nakal betul aku.“Siapa yang buat nih?” tanya Nina dengan marah.
“April Fool!” laung rakan-rakanku serentak. Aku jadi kecut perut. Pandai buat, tapi aku takut untuk menanggung risiko.
“Jaga kau Milah!” jerit Nina dengan muka yang merah mencuka.Sejak itu aku dengan Nina sudah putus kawan. kami tidak lagi bertegur sapa. Marah betul Nina padaku.Aku jadi malu, takut dan serik. Sejak itu aku tidak main-main lagi apabila setiap kali tiba April Fool.
Yang aku ingin ceritakan ialah;
Betapa April Fool ini mempengaruhi kehidupanku. Seperti sudah melekat, walaupun tidak menyambutnya. Mengapa itu terjadi? Terjadi dalam hidupku sendiri. Taksub? Tidak! Mungkin kebetulan pada hari itu. Hari yang benar-benar membuatkan aku tidak akan lupa peristiwa itu sampai bila-bila pun. Aku benar-benar takut. Takut dosa aku tidak terampun.
Aku dan rakan-rakanku bekerja di sebelah malam. Setiap Ahad, malam Isnin adalah hari cuti, sehingga ke pukul 5.00 petang hari isnin. Ada satu peristiwa yang terkesan di hatiku sejak empat tahun yang lalu. Sabtu itu, pada 31hb. March 2008, aku diajak Nora ke rumah sewanya. Nora, seorang pelanggan tetap di Qisten Cafe tempat aku bekerja. Dia akan datang hampir setiap malam dan telah menceritakan perihal dirinya kepadaku. Kasihan aku mendengarnya. Dia seorang isteri muda yang selalu ditinggalkan suami. Dia selalu kesepian. Lalu Nora datang ke Qisten Cafe untuk berhibur. Dia suka melihat tarian poco-poco dan mendengar nyanyian karaoke oleh pengunjung-pengunjung di situ.
“Nora asal dari mana?” tanyaku, semasa Nora duduk sendirian di meja paling hujung. Suasana malam yang kelam dan beralangkan langit pekat itu, masih terlihat wajah Nora yang sugul. Lampu-lampu led yang berada di setiap sudut membuatkan suasana menjadi lebih romantik. Sesuai sekali untuk pasangan-pasangan yang sedang bercinta.
“Kelantan.”
“Oh... Dah kahwin?”
“Dah, tapi suami jarang balik dan selalu lebihkan isteri tuanya. Anak sakitlah. Macam-macam alasan. Saya jadi bosan. Sebab itu saya kemari.” jelas Nora.Nora nampak sedih. Dia selalu datang sendirian ke situ.
“Dulu saya tak tahu tempat ni, tapi bila rakan serumah sewa saya bekerja di sini bagitahu, saya ikutlah.” beritahu Nora lagi.
“Oh, siapa?” soalku.
“Dewi, Nita dan Rini”
“Oh, rakyat Indonesia tu?”tanyaku untuk mendapatkan kepastian.
“Ya. Kenapa kak?” tanya Nora dengan bahasa muka yang bagaikan ada menyelitkan sesuatu rahsia.
“Akak tak suka budak-budak tu, terutama Dewi. Dia mengada-ngada sangat dengan Boss Hajah. Selalu mengadu itu ini.” kataku dengan perasaan buruk sangka.
“Akak, Nita dan Rini tu saudara sepupu, datang dari Aceh. Dengar kata, mereka tu kuat percaya kepada ilmu hitam. Saya tak berani rapat-rapat dengan mereka kak.” kata Nora sambil menggosok-gosok lengannya seperti orang kesejukan.
“Lihat bulu roma saya sudah meremang kak?” kata Nora sambil memeluk dirinya.
“Ish, seram pulak malam-malam ni kan?” kataku sambil melihat kiri dan kanan. Padahal suara Mek yang sedang menyanyikan lagu Hindustan itu gamat dengan sorakan peminta-peminatnya di pentas.
“Kak, akak nak tahu, kat rumah saya tu selalu saya terperasan ada asap dan lembaga menyelinap dari bilik air ke bilik mereka berdua tu.” jelas Nora lagi. Aku terpaksa duduk berhampiran dengan Nora kerana bunyi pembesar suara itu memekakan telinga.
“Dengar kata, Nita dan Rini tidak ngam dengan Dewi.” beritahu Nora lagi.
“Oh... Patutlah.”
“kenapa kak?”“Masa mula-mula Dewi kerja kat sini dia ada kata, bahawa dia tidak senang bila Boss Hajah mengambil Nita dan Rini bekerja di sini.”
“Oh...begitu ke? Pelik perangai Dewi tu.” kata Nora kehairanan.
“Mungkin Dewi ada sesuatu perkara yang dia tahu mengenai Nita dan Rini.”
“Mungkin jugak” tambah Nora.
Aku jadi lebih teruja untuk pergi ke rumah Nora, sebab aku mahu tahu cerita selanjutnya. Lagipun aku sengaja hendak lihat gelagat Dewi apabila aku ke rumah itu. Samada dia suka berjumpa dengan aku atau tidak. Aku geram benar dengan Dewi. Sejak Dewi bekerja di Qisten Cafe, semuanya berubah bagaikan diatur olehnya. Boss Hajah pula lebih percayakan dia daripada aku. Itu yang menyebabkan aku jadi cemburu dan buruk sangka.
“Okey kak, kita jumpa esok, di Setapak. Ini nombor telefon saya dan alamatnya. Kalau akak dah sampai nanti akak telefon saya.” pesan Nora. Dia beransur untuk pulang. Aku memang jahat, suka menyindir-nyindir Dewi. Dewi tersinggung denganku. Dia menjauh. Astaghfirullahal Azdim! Teruk betul perangaiku pada ketika itu.
Pada hari Ahad 1hb. April 2008. Percayalah, aku tak ingat pun hari itu. Sungguh! Tak ingat tarikhnya pun, sebab setiap hari, aku tersangat letih bekerja sehingga ke awal pagi. Yang kami tahu, mahu pulang dan tidur. Hari berganti hari bekerja sehinggakan kami dibayar gaji pada 7hb. Pada setiap bulan. Itu saja yang kami ingat. Jika belum dapat gaji, kami tak akan ambil tahu haribulan. Tetapi setelah peristiwa itu berlaku, aku tidak pernah lupa pada tanggal 1 hb. April. Tidak akan pernah lupa sampai bila-bila pun. Aku sungguh menyesal. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa-dosaku terhadap Dewi. Aku pasti akan menitiskan air mata. Menyesal sungguh.
Pukul 9.00 pagi aku telah sampai di rumah Nora. Rumah itu adalah rumah kedai. Dia menyewa bilik di tingkat satu, bersama suaminya satu bilik. Nita dan Rini satu bilik manakala bilik Dewi berada di tengah-tengah di antara bilik Nita dan Nora.
“Kak, tunggu sekejap, nanti saya turun buka pintu.” Nora menjawab panggilan aku di telefon. Lima minit kemudian, kedengaran hentakan kaki di anak tangga bergema semakin mendekat.
“Akak naik apa?” tanya Nora.
“Teksi” kataku sepatah sambil kuperhatikan Nora sedang membuka mangga pintu yang berjenama Solex itu.
“Dewi, Nita dan Rini ada?” tanyaku.
“Ada. Mereka berperap di dalam bilik” kata Nora sambil mengajakku mendaki anak tangga ke tingkat atas. Aku duduk di ruang tamu sambil berbual-bual dengan Nora. Aku tahu Dewi sedar aku datang. Tetapi dia hanya membatu di dalam biliknya. Mungkin dia kecewa sangat dengan sikapku. Aku peduli apa? Ada aku kesah? Kalau dia matipun aku tidak akan peduli. Begitu keras hatiku. Tega untuk membenci Dewi.
“Dewi tidak suka saya ajak akak kemari,” kata Nora berbisik. Aku mencebik.
“Biarkanlah.” Kataku dan terus berbual-bual lagi dengan Nora kuat-kuat sambil ketawa. Aku sengaja berbuat begitu, biar Dewi rasa cemburu dan pasti dia akan geram.
“Ala sekejap saja dah petang. Akak nak balik sebab pukul 5.00 petang nanti nak pergi kerja. Baik akak balik awal, hari nak hujan ni,”
“Ya lah kak. Terima kasih sebab akak datang. Insya-Allah malam nanti saya datang ke Qisten Cafe”
“Baiklah Nora, akak balik dulu.” Aku diiringi oleh Nora menuruni anak tangga. Aku menunggu teksi dan terus pulang ke Wangsa Maju.
Cuaca petang hari itu tiba-tiba berubah. Kilat memancar-mancar dan guruh berdentum dentam di kaki langit. Aku jadi takut. Angin kencang beserta ribut, menerbangkan segala sampah sarap. Nasib baik aku sudah sampai ke rumah pekerja. Firman dan Penny masih berada di dalam bilik mereka. Suami isteri yang romantik itu membuatkan dadaku berdebar-debar. Tidak tahu kenapa. Bukan sebab mereka itu juga warga Indonesia. Tetapi perasaanku sendiri. Malu hendak aku terjemahkannya. Hujan turun dengan lebatnya. Sepasang suami isteri itu masih tidak keluar dari biliknya. Waktu sudah hampir ke pukul 4.00 petang.
'Mereka tidak mahu mandikah?' tanya hatiku menyibuk. Aku menukar pakaian dengan pakaian seragam sambil menunggu hujan teduh untuk menapak ke Qisten Cafe yang jaraknya kira-kira 200 meter.
"Hai, sudah dekat pukul 5.00 petang ni. Mereka belum bangun dari tidur ke?" kataku sendiri sambil tersenyum. Seronoknya jika aku sudah berkahwin nanti. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon suami. Wajah aku tidak cantik.
“Wajah tak cantik tak apa kak, asalkan perangai tu elok.” aku teringat kata-kata Nora pagi tadi. Elok kah perangai aku? Bilalah aku nak berubah... Cuaca semakin buruk. Gelap gelita petang itu. Kilat terang memancar menyilaukan mata. Prang! Kuat bunyinya. Beberapa kali, menyusul selepas kilat memancar. Terasa seperti dekat sekali. Kilat dan guruh itu membuatkan sepasang suami isteri itu membuka pintu dan menuju ke bilik air. Bersama. Mandi berdua. Dapat pahala, aku tahu itu. Beruntunglah kepada mereka-mereka yang sudah berkahwin. Buat apapun akan mendapat rahmat dan mendapat pahala sekiranya perkara itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Hatiku berdebar-debar lagi. Kini bertambah kencang apabila cuaca bertambah buruk.
'Aduh, macamana nak pergi kerja ni.'detik hatiku. Telefonku tetiba berbunyi.
“Kenapa semua tidak sampai lagi ni?” tanya Boss Hajah kepadaku apabila aku menjawab panggilannya.
“Hujan lebat, kami tak ada payung nak pergi.”
“Tunggu, saya datang ambil,” kata Boss Hajah. Firman dan Penny masih berada di dalam bilik air. Lamanya mandi. Tak sejuk?
“Penny, Boss Hajah nak datang ambil kita, cepatlah!” jeritku.Firman dan Penny bergegas keluar dari bilik air dan mengenakan uniform pekerja. 5 minit kemudian, mereka sudah siap berpakaian.
Phone! Phone! Kereta Boss Hajah sudah sampai. Sebaik sahaja kami sampai ke Qisten Cafe. Hujan dan ribut sudah mulai reda. Habis tunggang langgang. Payung tumbang, sampah sarap bersepah-sepah. Lebat betul hujan tadi dan ribut pun kuat. Takut. Aku membetulkan kerusi dan meja. Payung diangkat, meja pun dilap sehingga kering.
“Milah, mari sini sekejap. Hari ini berapa haribulan?” tanya Boss Hajah, dia sedang menulis sesuatu di sekeping kertas. Nampaknya seperti borang penting. Sebab itu dia hendak mengetahui tarikh hari ini. Boss Hajah pun lupa tarikh? Ingatkan aku saja yang terlupa tarikh. Harap-harap dia tidak terlupa untuk membayar gaji pada awal bulan ini nanti.
“1hb. April Boss Hajah.”Penny tolong jawabkan untukku.
“Terima kasih... April Fool!” kata Boss Hajah sambil tersenyum, bagaikan teringat peristiwa lucu di dalam hidupnya pada tarikh itu.
Aku tidak mahu mengingatinya lagi. Malas untukku ulang peristiwa yang merugikan diriku sendiri.
“Sapa pulak yang telefon ni? Aku tengah sibuk, ada-ada saja gangguan” rungutku sambil aku menekan punat yang ada gambar ganggang berwarna hijau di sebelah kiri telefon berjenama Nokia.
“Assalamualaikum akak, ni Nora. Akak, Dewi dah meninggal petang tadi masa hujan lebat tu.” beritahu Nora dengan nada yang sungguh cemas.
“Kau jangan bohong Nora. Perkara mati, jangan buat main!”
“Nora tak tipulah kak, kalau akak tak percaya terserah,”
“Ala, hari ini kan April Fool, tentu Nora nak kenakan akak. Akak tahulah akak banyak buat salah dengan Dewi.”
“Betul kak, Nora berani bersumpah. Sekarang ramai anggota polis dan Ambulan pun ada. Mereka tengah nak angkat jenazah Dewi ke Ambulan.” jelas Nora sungguh-sungguh.
Wajahku tiba-tiba menjadi pucat lesi. Aku jadi takut. Gelabah dan tidak tentu arah. Aku dengar telefon Boss Hajah pun berbunyi.
“Boss Hajah, betulkah Dewi dah meninggal?” tanyaku dengan linangan air mata.
“Saya banyak dosa dengan dia Boss Hajah. Saya banyak dosa dengan dia! Saya telah siksa hati dia!” Aku betul-betul menyesal.
“Betul, saya pun dapat mesej dari Nita. Itulah awak, beberapa hari lepas Dewi ada bagitahu saya, dia sungguh terkilan pada awak, sebab awak selalu menyindir dia. Dia nak berkawan dengan awak tetapi awak syak dia yang bukan-bukan.” penerangan daripada Boss Hajah itu seperti satu panahan petir tepat menusuk ke kalbuku.
Sepanjang malam aku tidak dapat buat kerja. Asyik teringat kepada Dewi. Mataku meliar mencari Nora di seluruh meja di dalam Qisten Cafe. Ternyata Nora tidak datang malam itu. Aku jadi hampa. Aku nampak wajah Dewi ada di merata-rata tempat. Dalam cahaya yang suram itu aku nampak wajah Dewi muram saja. Maafkan aku Dewi. Aku benar-benar menyesal dan rasa sungguh bersalah.
“Esok, saya nak pergi menziarahi arwah Dewi di Kampung Jawa, kamu nak ikut?” tanya Boss Hajah kepadaku. Aku mengangguk lesu.
“Tunggu di sini, nanti saya datang ambil.”kata Boss Hajah lagi.
2hb. April 2008, air mataku meluncur laju bersama kesal dengan kesalahan sendiri. Aku menyalahkan diriku yang menyebabkan Dewi meninggal. Aku telah menyiksa hati Dewi sampai mati. Berdosanya aku!
“Sudahlah Milah, bukan salah awak. Hanya kebetulan sahaja. Semoga menjadi hikmah buat kamu.” nasihat Boss Hajah kepadaku membuatkan hatiku menjadi seperti tersayat sembilu.
Hasil penyiasatan, polis menyifatkan Dewi mati mengejut. Dia diserang jantung. Tetapi aku tidak puas hati kerana itu juga ada kena mengena dengan sikap aku. Sikap aku yang melampau. Aku sungguh kesal. Terasa bagaikan kelmarin peristiwa itu berlaku. Kulihat wajah Dewi kebiruan. Terbujur kaku di ruang tamu. Ramai saudara- mara Dewi yang berada di Malaysia datang menziarahi arwah buat kali terakhir. Mukaku bengkak kerana menangis tidak berhenti. Aku menghadiahkan Al-fatehah untuknya. Aku mencium dahi dan kedua belah pipi Dewi. Aku meminta maaf kepadanya berkali-kali. "Maafkan aku Dewi."
..........................TAMAT................................
P/s; Bonda kena edit balik karya ini, sebab banyak kekurangan di situ. tapi bacalah dulu yer?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CERTOT
..........................TAMAT................................
P/s; Bonda kena edit balik karya ini, sebab banyak kekurangan di situ. tapi bacalah dulu yer?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CERTOT
TRAGEDI SEPOHON KELAPA PANDAN
Gambar ini bukan di lokasi sebenar kejadian. ( Sekadar gambar hiasan)
Mari kita ikuti kisahnya;
Nyonya tua begitu gembira apabila sepohon kelapa pandan yang ditanamnya di hadapan rumah teresnya berbuah setelah 3 tahun menjaganya. Penantian itu sungguh mengujakan. Banyak putik-putik buah kelapa itu sedang membesar setelah beberapa tandan sudah mengeluarkan bunga sebelumnya.
Selang beberapa bulan kemudian, buah-buah kelapa pandan itu membesar setandan demi setandan. Menjadi rutin setiap pagi, nyonya itu akan melihat pokok kelapa pandannya dengan wajah yang ceria. Setelah buahnya sedang membesar itu, dia membalutnya dengan plastik hitam. Tidak mahu buah-buah kelapa itu ditebuk tupai atau serangan oleh serangga lain.
Setelah sudah boleh dipetik, nyonya itu mengerahkan anak lelakinya memotong tandan pertama. Ada lebih 10 biji. Semuanya elok dan boleh dinikmati air serta isi kelapa pandan yang wangi dan manis itu.
Nyonya tersebut sangat baik hati. Dia telah membahagikan kelapa pandan tersebut sebiji kepada setiap jiran-jirannya. Tidak lama selepas itu, setandan lagi mulai boleh dipetik. Nyonya itu seperti biasa membungkusnya dengan palstik hitam.
Esoknya seperti biasa, dia pergi untuk melihat pokok kelapa pandan tersebut, tetapi dia hampir terduduk apabila melihat kesemua buah-buah kelapa pandan yang dibalutnya dengan plastik hitam itu sudah hilang. Dengan plastiknya sekali lesap.
Apabila diselidiki, anak lelakinya bertemu buah kelapa yang sudah dibelah dengan senjata tajam dan telah dibuang berhampiran rumah jirannya yang berbangsa Melayu. Berselang 2 pintu daripada rumahnya. Jiran itu juga telah diberikan sebiji buah kelapa pandan pertama itu dahulu.
Nyonya itu sungguh bising. Kebetulan anak jiran Melayu itu pulang ke rumah dan nampak nyonya itu sedang bercakap-cakap sesama mereka. Anak jiran Melayu itu memberhentikan keretanya lalu bertanya, " ada apa ni Nya, bising-bising!"
"Aiyya, wa punya buah kelapa sudah kena curi wo. Itu buah sudah kena potong ada dekat depan rumah lu, ma." beritahu Nyonya itu.
Anak lelaki jiran Nyonya itu pun pergi menyiasat.
"Ya, ada dicampakkan di sini. Tetapi di rumah saya ni, mana ada budak-budak nakal. Malam-malam, siapa pula yang nak keluar pergi curi nyonya punya buah? Tak mungkin. Ini mesti budak-budak nakal, nyonya!" kata lelaki Melayu, jiran nyonya itu.
"Ya, saya tau. Saya kenal kamu sejak kamu kecil lagi. Ayya, biarkanlah. Apa mau buat lagi?" kata nyonya itu kesal.
Beberapa bulan kemudian, kelapa pandan itu tidak jemu mengeluarkan bunga kembali. Hati nyonya itu sekeluarga mendapat pengharapan baru. Seperti biasa, setelah buah itu besar sedikit, nyonya itu segera membalutnya dengan plastik hitam. Sama juga terjadi, nyonya itu hampa sebaik sahaja dia hendak mengambil buah kelapa itu, didapatinya sudah tiada lagi. Kecewa sekali lagi.
Tidak lama kemudian, tandan yang lain pula membesar. Nyonya itu tidak kuasa lagi untuk membalutnya. Dia membiarkannya, namun perasaan rindunya setiap hari menggamitnya untuk melihat pokok kelapa pandan itu. Akhirnya tepat apa yang diduga keluarga itu, buah kelapa itu sekali lagi lesap tanpa bayang.
Bijak sungguh pencurinya. Mencuri bersama tandan tanpa siapapun yang mengetahuinya. Anjing belaan jiran yang berbangsa Cina sedikitpun tidak mengejutkan penghuni sekitar membuatkan setiap kali buah kelapa itu hilang, tiada siapa yang perasan.
Lama juga pokok itu tidak berbuah. Mungkin pokok kelapa itu merajuk atau untuk berehat. Nyonya itupun tidak lagi melihat pokok kelapanya kerana tidak ada buah. Tidak lama selepas itu, pokok kelapa pandan itu mengeluarkan bunga sekali lagi. Lebat! Bertandan-tandan.
Perasaan nyonya itu begitu gembira dan akan menjaganya sebaik mungkin. Dia menyiram dan membubuh baja. dijaganya siang dan malam. Akhirnya buah pada tandan pertama sudah boleh dimakan.
Nyonya itu menunggu hari dan masa yang sesuai untuk memetiknya. Tentu sekali dia ingin menjamu anak-anaknya diwaktu mereka semua berkumpul di hari cuti. Sebaik sahaja hari yang dinantikan itu tiba. Keesokan harinya, didapati semua buah kelapa pandan itu habis dicuri lagi. Kali ini, sampai licin!Dari tandan pertama samapai ke tandan yang paling atas!
"Cilaka!" jerit nyonya itu.
Dia menangis dan kecewa. Mengenangkan buah kelapa pandan yang baru hendak dipetiknya itu telah ghaib begitu sahaja.
Semua anak-anak nyonya itu juga turut kecewa dan berasa sedih apabila melihat ibunya menangis. Akhirnya, anaknya telah memanggil kontraktor untuk menebang pokok kelapa pandan itu.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Sketsa Bila Anak Menjadi Tuan.
"Papa, minggu ni Iqlil nak RM50.00 duit belanja. RM10.00 tu tambahan sebab bulan puasa. Iqlil nak beli makanan." rengek Iqlil. Duit saku RM 40.00 seminggu itu tidak pernah cukup.
"Papa tak ada duitlah Iqlil. Bulan puasa ni mana ada ramai penumpang!" Suamiku berkata sambil berkerut dahi.
Suamiku mengeluh di dalam hati. Namun aku tahu, sekali ini, berat benar untuknya memenuhi kehendak anak kesayangannya itu. Wajah tuanya dengan kedutan dan kulit yang kian kendur di leher jelas terpamir. Kedut-kedut itu menunjukkan bahawa suamiku tidak kuat lagi untuk mencari nafkah lebih-lebih. Dia semakin tidak berdaya.
"Ala, papa bagilah Iqlil RM 50.00 tu. Iqlil nak belanja. Iqlil nak capai sasaran simpanan bulan ni. Iqlil nak beli satu barang." kecek anak manjanya lagi.
Suamiku sugul dan mukanya tunduk memandang meja makan berkaca itu.
'Boleh tak kalau kau nak mintak duit dengan papa kau jangan kat rumah ni? Kalau kau ulang lagi, aku simbah muka kau dengan air ni!' Kalaulah aku boleh bersuara begitu di hadapan suamiku. Tentu dadaku yang tersengkang sembilu ini akan segera tercabut. Aku tidak selesa ada suami yang bertuankan anak sendiri.
Sedangkan anak-anakku sendiri tidak pernah meminta wang daripadaku. Sehingga aku sendiri yang memberikan kepada mereka. Dan kini, mereka tetap membalas jasaku.
*****************************************************************************************************************************
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Sketsa Bila Anak Menjadi Tuan.
"Papa, minggu ni Iqlil nak RM50.00 duit belanja. RM10.00 tu tambahan sebab bulan puasa. Iqlil nak beli makanan." rengek Iqlil. Duit saku RM 40.00 seminggu itu tidak pernah cukup.
"Papa tak ada duitlah Iqlil. Bulan puasa ni mana ada ramai penumpang!" Suamiku berkata sambil berkerut dahi.
Suamiku mengeluh di dalam hati. Namun aku tahu, sekali ini, berat benar untuknya memenuhi kehendak anak kesayangannya itu. Wajah tuanya dengan kedutan dan kulit yang kian kendur di leher jelas terpamir. Kedut-kedut itu menunjukkan bahawa suamiku tidak kuat lagi untuk mencari nafkah lebih-lebih. Dia semakin tidak berdaya.
"Ala, papa bagilah Iqlil RM 50.00 tu. Iqlil nak belanja. Iqlil nak capai sasaran simpanan bulan ni. Iqlil nak beli satu barang." kecek anak manjanya lagi.
Suamiku sugul dan mukanya tunduk memandang meja makan berkaca itu.
'Boleh tak kalau kau nak mintak duit dengan papa kau jangan kat rumah ni? Kalau kau ulang lagi, aku simbah muka kau dengan air ni!' Kalaulah aku boleh bersuara begitu di hadapan suamiku. Tentu dadaku yang tersengkang sembilu ini akan segera tercabut. Aku tidak selesa ada suami yang bertuankan anak sendiri.
Sedangkan anak-anakku sendiri tidak pernah meminta wang daripadaku. Sehingga aku sendiri yang memberikan kepada mereka. Dan kini, mereka tetap membalas jasaku.
*****************************************************************************************************************************
"Kerana
cinta, perasaan takut tidak pernah ujud dalam diri. Peristiwa pertemuan pertama
itu bila dikenangkan kembali tidak mungkin akan diulangi lagi. Kerja gila.
Namun tautan kasih yang kian segar itu ranap apabila fahaman politik dalam
keluarga mencetuskan perkelahian. Harta juga terheret. Dan taraf itu menjadi
penentu kepada segala keputusan."
DIA BERBIBIR TEBAL
(Tema; Cinta Pertama)
1) KENANGAN
ITU
DARA
memutarkan kembali wayang minda bersama kekasihnya. Ketika itu mereka sedang
berdiri. Berhadapan. Teruna bebadan tinggi dan berkulit hitam manis. Tinggi
Dara pula, hanya separas bahu Teruna. Memaksa untuknya mendongak jika hendak
bertentang mata. Mereka masih berdiri di tepian sungai yang jernih airnya. Tenang
di permukaannya. Berhampiran kaki tempat mereka berdiri itu ada sebatang kayu balak
yang sudah buruk tetapi masih kuat. Elok lagi jika mereka duduk di atas batang
kayu itu. Namun mereka terlalu teruja apabila dapat bertemu mata di situ.
Mereka memilih untuk berdiri.
Julai pepohon yang rendang, membentuk gua yang meneduhkan
suasana di situ. Di tempat pertemuan pertama mereka menciptakan sejarah manis. Berduaan.
Pasir sungai yang basah dan dingin itu membuatkan hawa sekitar menjadi nyaman
dan tenteram. Namun, dalam hati sepasang kekasih yang baru bertunas perasaan
cinta itu sedang panas membara. Mereka tidak lepas-lepas berpandangan.
Degupan jantung Dara berombak kencang
dek panahan anak mata Teruna di hadapannya itu. Dia tidak berani mendongak lebih
lama untuk melawan panahan mata yang tajam menikam itu. Sepasang mata Dara lebih
damai terpaku pada sepasang bibir tebal yang dirinduinya. Beberapa minit Dara
memerhatikan bentuk bibir yang tebal itu. Lalu dipahatnya di hati. Biar menjadi
pengobat di rindu malam. Bibir itu kelu. Tertutup rapat.
Jarak sekaki diantara keduanya
mengundang nafas yang deras. Suasana sunyi beberapa minit berlalu. Hanya
kedengaran desusan nafas turun dan naik. Mata Teruna berbicara. Dan hati Dara
berkata-kata. Ucapan yang sama. Cinta yang sama membina tunas yang sedang berbunga.
Sesekali angin sepoi, menyapa tubuh mereka berdua. Kedua tangan Teruna memeluk
tubuhnya. Dan Dara menyilangkan tangannya ke belakang badan. Mereka masih belum
berganjak dan masih berdiri kaku.
Tidak terlafaz kalimah cinta di bibir
Dara mahupun melalui sepasang bibir tebal milik Teruna. Bahasa badan dan
panahan mata sudah jelas membiaskan cinta mereka yang sedang bersemi. Mimik
muka Dara yang kelihatan malu itu sesekali tunduk dan mencuri pandang ke ulas
bibir Teruna.
Cup!
Dara terkejut! Satu ciuman sepasang
bibir tebal milik Teruna itu bagaikan terlekat basah di dahi Dara. Mulut Dara
ternganga seketika. Dan sepasang bibir tebal itu mengukir senyuman paling
indah. Hadiah untuk Dara.
Dara berdegus. Dara berpaling
membelakangi Teruna. Hati Dara tidak mengatakan yang dia tidak suka dicium
begitu. Tapi, Dara takut. Menggiggil. Bibirnya yang mungil itu pucat putih.
Bagaikan tiada darah. Kalau sewaktu
datang ke tepi sungai itu Dara membaca ayat-ayat suci yang dia tahu kerana
benar-benar takut. Mohon kepada ALLAH keselamatan, walhal Dara mahu menghampiri
maksiat. Sebab itu Dara lagi takut untuk bertentang mata dengan Teruna
berlama-lama di tepi sungai itu. Ini
soal maruah diri! Kalau ada orang ternampak Teruna telah mencium dahinya dengan
sepasang bibir tebalnya? Makan tak habis!
Dara berlari meninggalkan Teruna tanpa
sepatah kata. Sepasang bibir tebal milik Teruna itu pula, berat untuk
melontarkan sebuah panggilan. Agar Dara berhenti dan berpaling semula. Atau
berada bersamanya di tepi sungai itu, lebih lama lagi. Dan Teruna membiarkan
saja Dara berlalu. Tanpa paksaan. Dara memanjat tebing berbukit di celah-celah
lorong kecil. Hilang ditelan lalang gajah yang tinggi menjulang. Dan, seketika
kemudian, kedengaran enjin motosikal Teruna mengaum meninggalkan tempat itu. Memecah
suasana sepi di hutan berbukit itu. Melalui jalan rahsianya.
2) BERANI
TEDUH,
nama gelaran untuk anak saudara lelaki Dara yang ketika itu baru dalam darjah
lima di Sekolah Kebangsaan Batu Sawa, Lentang. Wajahnya yang sentiasa berkerut
mencerlung sesiapa saja yang memandangnya. Nampak lucu. Lalu semua kanak-kanak
di kampung itu memanggilnya Teduh. Banyak jasa Teduh kepada pertemuan Dara dan
Teruna. Teruna dan adik-beradik Teduh berkawan baik. Selalu Teruna bermain bola
dengan abang Teduh. Bermain Badminton di hadapan rumah Teduh. Dari situlah
permulaan mata bertemu mata. Walaupun Dara hanya mengintai melalui jendela yang
terbuka.
Bermula melalui sekeping nota. Nota
yang dikirimkan oleh Teruna kepada Dara melalui Teduh. Teduh menyorok nota itu
di dalam baju sekolahnya. Selalu Teruna menanti Teduh di bawah pepohon di tepi
jalan berdekatan dengan sekolah. Teruna dan Dara tidak pernah gagal berutus
nota kerana berposmenkan Teduh. Kocek Teduh berat. Diupah Teruna sewaktu
mengirim nota dan diupah Dara sewaktu menerima nota daripada Teruna. Teduh
paling kaya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Syiling berbunyi
apabila berlaga ketika Teduh melangkah atau berlari pulang. Menunjukkan Teduh
banyak duit!
‘Pukul
3.00 petang. Jumpa di tepi Sungai Batu Sawa, lentang.’
Nota terakhir yang Dara terima
daripada Teruna pada satu tengahari. Melalui Teduh yang jujur itu. Dibacanya. Diulang-ulangnya.
Dada Dara berdebar. Beranikah dia untuk ke sungai itu? Harus meredah lorong yang
sempit menuju ke sungai itu. Terpaksa melalui kebun getah yang bersemak-samun.
Teruna melintas di halaman rumah
Teduh. Sekali lalu. Sepasang mata Teruna yang hitam bercelak itu memandang
tepat ke wajah Dara di jendela sambil membuat bahasa badan. Teruna kelihatan
berkata sesuatu kepada Teduh yang sedang duduk di atas sebuah pangkin di bawah
pohon sentul di halaman rumahnya itu. Teruna meninggalkan Teduh dengan ngauman
enjin motosikalnya. Sehingga jauh.
Bukan Dara tidak pernah mendengar cerita orang-orang
kampung yang menoreh di situ bahawa, ada kelibat anak harimau belang yang
melintas di dalam kebun getah itu. Bukan Dara tidak tahu, ada beruk besar yang
menculik anak gadis dan di bawa naik ke atas dahan pokok lalu dikahwininya.
Dengar seperti tidak masuk akal. Namun mungkin itu adalah satu cara supaya anak
dara sunti tidak merayap berhampiran hutan. Bukan Dara tidak ternampak, ada
babi hutan yang sering melintas di bawah rumah kakaknya atau di semak-semak
kecil. Sering juga melintas di jalan sewaktu Dara sedang bersiar-siar dengan
menunggang basikal. Terkejut beruk Dara. Hampir Dara terjatuh basikal. Lepas
itu Dara mengayuhnya selaju terdaya.
Dara tetap berani untuk menunaikan
permintaan buah hatinya itu. Padahal bahaya menantinya di mana-mana. Di lorong
kecil itu, kalau Dara dibaham harimau, atau dirodok babi hutan atau diculik
beruk, tidak ada siapa yang sedar. Kenapa Dara tidak takut? Semangat cinta yang
menariknya untuk ke tepi sungai itu. Walaupun bahaya bergalang ganti, namun
tempat yang indah itu terbayang di ruangan matanya.
Hati Dara berdebar-debar lagi. Dia
tahu Teruna hatinya itu sudah menuju ke tempat yang dijanjikan. Dara mencuri
keluar rumah kakaknya itu melalui pintu dapur. Tidak ada siapa yang sedar. Pada
ketika itu, masing-masing sedang berehat kerana kepenatan menoreh. Selesai
makan tengahari, kakak dan abang ipar Dara sering melelapkan mata. Membetulkan
tulang belakang.
Dara menyusup dan menuruni anak tangga
kayu di belakang dapur. Dia menuruni lurah berbukit itu, menuju ke telaga. Dari
telaga Dara membelok ke jalan. Dan dia melintas. Menuju jalan ke sekolah. Tentu
orang yang melihatnya kehairanan kerana Dara tidak pernah kelihatan berjalan
sendirian menuju ke hutan.
Dara menahan takut. Dia mengatur
langkah seribu untuk sampai ke tepi sungai itu. Dedaun senduduk dan dedaun
lalang yang miang itu menampar-nampar pipinya. Dara tidak peduli. Sepasang bibir
tebal milik Teruna itu melekat di ruang matanya. Tubuh sasa Teruna menjadi
igauannya saban malam. Dara sudah terkena penyakit angau, diusia yang begitu
muda. Sementara menunggu keputusan SPM, rumah kakaknya menjadi destinasi
percutian. Dan Dara telah jatuh cinta. Cinta pertamanya di situ.
Bukan tidak ada lelaki lain di kampung
itu. Malah lebih tanpan daripada Teruna. Jaka, seorang anak jati di kampung itu
juga segak. Sering cuba memikat Dara sambil bergaya dengan Vespanya. Namun
magnatik cinta sering menolak, apabila bertentang mata dengan Jaka. Tidak
seperti Teruna yang lebih bersahaja.
Jantan, sering membuat bahasa badan
dan pernah mengajak Dara ke sebuah hutan kecil untuk mengkhianati Dara. Pernah
dibisikkannya kepada Dara, bahawa potongan badan Dara sangat cantik. Bencinya
hati Dara terhadap Jantan yang tidak tahu malu itu. Padahal dia sudah punya
isteri dan dua orang anak. Masih mahu berbuat jahat kepada Dara. Lebih ganas.
Dara takut terserempak dengan Jantan. Jantan seperti suka memaksa. Mungkin
sudah banyak kali Jantan berkelakuan begitu dengan anak-anak gadis di kampung
itu. Ya, mungkin sebab dia boleh gula-gulakan mereka dengan wang ringgit!
3) PECAH
SETELAH
peristiwa di tepi sungai itu terakam. Pertemuan mereka semakin kerap terjadi
walaupun bersama anak-anak saudara Dara. Mereka beramai-ramai ke sungai.
Mencari anak-anak udang. Atau merayap ke dalam kebun getah mencari kulat sisir
atau kulat susu pelanduk. Dan di kesempatan itu, sepasang mata milik Teruna
yang dihiasi dengan sepasang kening yang lebat dan hitam itu, mengenyit. Dara
tersipu. Sungguh menggoda iman sunti Dara. Terutama sepasang bibir tebalnya
yang tidak lengkang dengan senyuman maut untuk Dara. Dara kelihatan hanyut
bersama dinginnya air di anak sungai yang jernih. Tatkala matanya terpaku ke
ulas bibir Teruna itu.
Di Jerangau Sungai, memang banyak terdapat
anak-anak sungai. Selalu Dara dan Teruna berganti anak sungai untuk aktiviti
berkelah beramai-ramai supaya tidak menimbulkan fitnah dan syak. Namun begitu
di hati mereka sungguh bahagia. Pertemuan demi pertemuan.
Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.
Itulah istilah pengalaman orang tua-tua. Jika selalu ternampak di mana ada
Teruna, di situ juga adanya Dara. Hubungan cinta mereka telah dapat dihidu oleh
kedua-dua belah pihak.
“Nikahkan saja, jika mereka sudah suka sama suka!”
cadang abang ipar Dara kepada ayah Teruna pada suatu hari.
Ketika itu ayah Teruna kelihatan berang dengan
sebilah parang terhunus di tangannya. Entah Dari mana munculnya ayah Teruna
pada tengahari itu. Dia menjeling tajam kepada Teruna yang sering bertandang ke
rumah abang ipar Dara, siang dan malam. Buat hati orang tua itu berbulu!
“Mana mungkin! Aku tidak akan bermenantukan pihak
lawan!” kata ayah Teruna sekerasnya. Dia mengacah-ngacah parang itu dengan
tangan kanannya ke hadapannya.
Bertambah panas hati abang ipar Dara terhadapnya.
“Yang nak kahwinnya mereka berdua! Mereka bukan
tahu tentang politik? Mereka hanya tahu cinta!” cantas abang ipar Dara pula.
Abang ipar Dara bercekak pinggang. Teduh kelihatan
pucat dan ketakutan. Semua itu salah Teduh. Teduh yang bersubahat dalam perkara
itu. Tapi Teduh hendak membina masjid. Sampaikan hajat hati orang dan membahagiakan
orang lain buat hati Teduh turut gembira.
“Ah! Aku tidak mahu bermenantukan dengan orang
yang tidak setaraf dengan keluarga aku!” Sombong benar ayah Teruna. Dia mula
ubah topik.
Abang ipar Dara menunjukkan wajah yang bengis.
Marah! Dia telah menghalau ayah Teruna. Dan mereka tidak bertegur sapa lagi. Mujur
mereka tidak bertetak berparang. Kalau tidak, kisah cinta mereka tentu menjadi
kisah cinta berdarah!
Dara menangis di katil. Punah sudah harapan yang
baru hendak dibina mereka. Dara dimarahi oleh abang iparnya.
Teruna mengalirkan air matanya di atas motosikal
miliknya. Seketika kemudian, Teruna hilang bersama motosikalnya jauh membawa
diri. Rajuk.
“Dara, esok aku nak hantar kau balik ke Besut.
Datang ke sini untuk menyonteng arang ke muka aku saja! Maknya, lihat kelakuan
adik bongsu awak tu. Memalukan!” kata abang ipar Dara yang masih belum surut
dengan api kemarahan itu.
“Bapaknya, apa salah mereka. Kita juga pernah muda
satu ketika dahulu. Cuba kita duduk di tempat mereka. Bagaimana perasaan kita?”
Kakaknya pula cuba membela pada sebuah perasaan cinta yang sudah tertanam itu.
Abang ipar Dara terdiam. Memang abang iparnya yang
telah jatuh cinta kepada kakaknya yang hitam manis itu. Kecil comel. Sedangkan
dia berkulit putih. Tidak setanding jika hendak diikutkan. Namun ketika itu,
jodoh mereka kuat dan tidak ada bantahan. Ibu Dara tidak pernah memilih, asal
saja anaknya laku, biarlah. Rezeki itu ALLAH yang tentukan. Bukan siapa-siapa.
Bahagia juga begitu. Hanya manusia yang tidak tahu rasa saja yang suka
berdalih. Itu dan ini. Ada-ada saja.
4) PULANG
CINTA
yang ranap di pertengahan rindu itu dibawanya pulang bersama. Lama juga untuk
Dara melupakan sepasang bibir tebal itu. Dioles-olesnya di dahi. Bagaikan masih
terasa sejuk, oleh kucupan sepasang bibir tebal milik Teruna itu.
Sedang Dara ingin melupakan peristiwa
itu, satu usaha gigih Teruna telah mengikutinya pulang. Teruna telah menumpang
di rumah saudaranya di Besut, lalu mengayuh basikal berpuluh batu, hanya untuk
mencari buah-hatinya itu.
Ketika Dara berada di telaga, kelibat
Teruna menyorong basikalnya sedang memasuki halaman rumah Dara. Belum sempat
Dara membalas senyuman dari sepasang bibir tebal yang dirinduinya itu, Teruna
dihalau abangnya.
“Buat apa kat sini? Pergi balik!
Pantang keluarga aku, perempuan membawa balik lelaki ke rumah!” Abang Dara
menyinga. Terus sepasang mata abangnya menjeling tajam kepadanya.
Teruna terkejut disergah begitu. Belum
sempat dia memberi salam. Kata-kata ibarat halilintar pula menerjah ke
telinganya. Bukan hendak bercakap baik-baik dengan Teruna. Atau mengajak Teruna
singgah ke rumah, menjemputnya minum. Tentu Teruna kehausan kerana mengayuh
basikal di tengah panas itu.
“Abang nampak Darakah yang membawa
Teruna balik? Dia yang datang mencari Dara!” Dara membela dirinya dengan esakan
tangis yang menghiris kalbu. Pilu sekali. Sanggup Teruna bersusah payah
mencarinya. Dan betapa kuatnya kasih dan cinta Teruna terhadap Dara.
Teruna menelan liur. Bibir tebal milik Teruna
kelihatan pelik apabila berkeadaan masam mencuka. Geram dan kecewa.
Dara berlari ke atas rumah mendapatkan
ibunya yang sedang menganyam tikar mengkuang. Ibunya hanya tersenyum. Sudah
laku anak daranya itu. Namun ibunya tidak mengulas apa-apa. Dia meneruskan
proses menganyam tikar itu. Biar anak lelakinya yang menguruskan hal itu.
Dara mengintai di celah lubang dinding
dari dalam rumahnya. Teruna menyorong basikalnya lesu. Sesekali dia berpaling
ke rumah abang Dara. Abang Dara masih marah, lalu mengikuti Teruna di
pertengahan jalan.
‘Ya, ALLAH! Engkau selamatkanlah
Terunaku.’ Dara berdoa di dalam hatinya untuk keselamatan kekasih hatinya itu.
Dara tidak senang duduk seperti kucing yang hendak beranak. Dara betul-betul
resah. Dia kenal benar sikap panas baran abangnya itu. Tentu abangnya telah
mendengar cerita daripada abang iparnya sewaktu dia datang menghantar Dara
pulang.
5) PUTUS
JIRAN
tetangga Dara sedang bercakap-cakap mengenai seorang pemuda yang baru balik
daripada rumah Dara. Mereka hairan siapakah pemuda itu dan kenapa pula, abang
Dara tanpa kasihan belas telah memukul dan menyepaknya?
“Kau nak kemana Dara? Singgah sekejap,
aku nak tanya sikit,” tegur Kenanga. Kawan baik Dara.
“Aku nak ke kedai. Ada apa?” jawab Dara ingin
tahu.
“Dara, siapa yang datang ke rumahmu kelmarin? Aku
lihat abangmu telah memukul pemuda itu sehingga bibirnya cedera dan keluar
darah. Matanya juga lebam-lebam.” beritahu Kenanga kepada Dara petang itu.
Ketika Dara sedang lalu di hadapan Kenanga dan adik-beradiknya yang sedang
berehat-rehat di sebuah pangkin di tepi jalan itu. Mereka sedang menikmati buah
jambu penawar yang dicecah kicap. Terliur Dara apabila melihat adik Kenanga
sedang menyuap dan mengunyah buah jambu penawar itu.
Air mata Dara ingin menitis. Disekanya
cepat-cepat. Sayu hati Dara kerana sepasang bibir tebal milik Teruna yang
selalu dirinduinya itu telah tercedera. Namun dia tidak berupaya. Dara hanya
menelan takdir itu dengan rela. Kata jirannya lagi, Teruna kelihatan bersedih
sambil mengayuh basikalnya lesu dan pergi dari situ.
“Abang! Kenapa abang pukul Teruna sehingga
berdarah bibirnya?” marah Dara kepada abangnya.
“Biar jadi pengajaran! Jangan ingat kita ni
pelahap sangat anak dia dan harta orang tua tu!” Perasaan marah abang Dara
terhadap ayah Teruna. Tetapi Teruna pula yang menjadi tempat untuk melepaskan
perasaan itu. Sedih hati Dara.
Teruna kembali ke Jerangau Sungai. Dia
bersendirian di tepi Sungai Batu Sawa, Lentang. Tempat di mana sejarah
pertemuan pertamanya menjadi sejarah pedih. Teruna menulis-nulis nama Dara di
atas pasir di tepi sungai itu merata-rata. Kemudian dia duduk bertelengu di
atas batang kayu balak itu. Teruna
kebingungan lalu menarik-narik rambutnya yang hitam berkilat itu. Air mata
lelakinya luruh di situ. Jiwanya dingin. Lama dia menutup pintu hatinya untuk
melihat wanita.
Begitu juga Dara. Tidak ada erti lagi
cinta buatnya. Lelaki berbibir tebal itu yang menjadi dambaannya tidak pernah
hilang dari mata. Cinta Teruna berbibir tebal itu, sungguh bermakna. Namun Dara
menyusuri kehidupan yang masih panjang. Cinta pertamanya semakin pudar
warnanya. Walaupun sudah gugur tetapi masih punya tangkai untuk dijadikan
kenangan.
6) PERNIKAHAN
KENDURI
besar-besaran di kampung Jerangau Sungai itu menampakkan kemewahan ayah Teruna
ketika itu. Teruna yang segak dengan persalinan raja sehari berdampingan dengan
seorang gadis manis pilihan ayahnya sendiri. Kata Teduh, mereka ada pertalian
persaudaraan.
Teruna tidak pernah lupa untuk
bertandang dan bermain-main dengan abang Teduh seperti biasa, walaupun dia
sudah berpunya. Dia tidak sering berduaan dengan isterinya. Mungkin Teruna
masih belum boleh melupakan Dara, cinta pertamanya itu.
Sejak Dara melanjutkan pelajarannya ke
Kuala Lumpur, dia sudah jarang bercuti di Jerangau. Sekali Dara bercuti ke situ
dan kecewa apabila mendengar berita Teruna sudahpun bernikah. Hancur luluh
hatinya, kerana Dara masih menyimpan sedikit ruang seandainya masih ada jodoh
di antara mereka. Ternyata, peluang untuk bersanding bersama Teruna tidak
kesampaian.
Teruna sempat melihat Dara sekali
lalu. Bahasa badannya ingin menyampaikan bahawa bukan dia bernikah kerana
cinta. Tetapi kerana paksaan. Dara kenal erti lirikan mata Teruna itu. Tidak perlu
mengucapkan kecewa. Dara tahu Teruna cukup tersiksa dengan takdir itu.
Ah! Kalau Teruna boleh bersama wanita
lain. Kenapa tidak aku? Biar cinta pertama itu terpahat di hati. Dara telah
membuka seluruh hatinya kepada sesiapa saja yang berjaya memikat hatinya. Tidak
perlu ada keistimewaan, seperti yang ada pada Teruna. Yang penting jujur dan
tahu menjaga adat.
Akhirnya Dara juga telah ditemukan
jodoh dengan lelaki pilihannya. Kehidupan yang bahagia itu, dikurniakan dengan
dua orang cahaya mata. Namun Teruna yang memiliki sepasang bibir tebal itu,
masih tidak mempunyai zuriat.
Setiap kali bercuti, Dara tidak pernah
berasa jemu untuk menjadikan Jerangau Sungai sebagai destinasi yang paling
indah di dalam senarai. Dan Dara datang lagi menjengok Jerangau Sungai itu. Kali
ini Dara mengajak suaminya dan anak-anaknya untuk menikmati kesejukan dan
kedamaian suasana di Sungai Batu Sawa, Lentang. Walaupun tidak seindah dulu.
Peristiwa manis itu terlipat kemas di sudut jiwanya. Bersemi dan bernyawa.
Petang itu, Teruna singgah ke rumah
abang ipar Dara, setelah diberitahu Teduh tentang kehadiran Dara di rumahnya.
Teruna tanpa berlengah terus datang bertandang. Tiada hajat lain, hanyalah
untuk menghilangkan rasa rindu yang berbekam sekian lama. Teruna mengerling tajam
ke wajah Dara. Teruna bagaikan cemburu apabila melihat kebahagiaan Dara bersama
suaminya yang kacak itu. Dan Dara dikurniakan dengan anak-anak yang comel. Namun
pertemuan itu sungguh mendebarkan. Sepasang bibir Teruna tetap menjadi ingatan
walaupun kewajiban Dara terhadap suaminya adalah ikhlas. Masa tidak pernah
menyapu kenangan seperti terhapusnya tulisan cinta di tepi sungai itu.
>>>>>>>SELESAI<<<<<<
0 comments:
Post a Comment