Menu dan Resipi Dalam Kisah ~ 0007

Saturday, 4 October 2014 0 comments

PARI GORENG KERABU

Selamat petang kawan-kawan. Pada mulanya kakak bonda telah memberi resipi Ikan Pari Goreng. Tapi, bonda telah menderhaka dengan mengubah resipinya menjadi begitu rupa. Namun lebih wangi dan sedap! ^_____~.

Resipi;
Ikan Pari dipotong dadu. 1x1 inci. Tumbuk sedikit bawang merah dan bawang putih. Gaul ikan pari itu dengan bahan tumbuk tadi bersama sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam.
Panaskan sedikit minyak, goreng ikan pari itu sehingga garing. 
Bawang horland dipotong dadu.
serai dimayang. Daun limau purut dihiris.
Masukkan bahan tadi ke dalam kuali. Gaul bersama. 
Masukkan juga cili padi yang sudah dipotong. Goreng lagi.
Masukkan sos ikan dan 2 sudu jus limau kasturi. Balik-balikkan sehingga masak dalam api yang sederhana.
Masukkan ikan pari goreng ke dalam piring. Tabur hirisan bunga kantan, hirisan daun limau purut, cili padi yang telah dihiris kecil-kecil dan hirisan serai sebagai hiasan.
Letaklah belahan limau kasturi untuk lebih rasa masam.

Hurmmm... enak dan aromanya memikat selera. Tanpa lauk lain, bodna boleh makan nasi bertambah-tambah.
Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB