Produk/Resipi

Terima Kasih kepada semua pengunjung...
Di sini saya ingin memperkenalkan produk hasil dari air tangan saya sendiri iaitu DAGING BAWANG GORENG (DBG). Dibotolkan dan dipek begitu rupa, terus dari dapur. Sentiasa segar dan berkualiti.
Menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Dijamin kebersihannya dan halal.
DBG ini adalah produk baharu yang dikeluarkan pada 1hb March 2014.

                                                                   

Bismillahirrahmanirrahim.
CERITA ASAL USUL DAGING BAWANG GORENG;
Hari ke 113 penghijrahan,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Allahummasolli ala sayyidina muhammad wa ala alisayyidina muhammad.

DAGING BAWANG GORENG INI pada asalnya bernama Daging Masak Cuka.
Bonda tidak pasti samada, menu ini adalah berasal dari Utara Semenanjung Malaysia, atau dari tempat lain. Yang pasti, menu ini asalnya telah diwarisi turun temurun oleh keluarga sebelah emak suami bonda.
DAGING BAWANG GORENG ini dimasak khas untuk jemaah haji sejak berkurun dahulu kerana susah untuk mendapatkan sumber tenaga dan makanan di sepanjang perjalanan ke Mekah dengan menaiki Kapal Laut.
Jadi, makanan ini adalah salah satu menu yang sangat sesuai untuk dibekalkan setiap kali jemaah haji hendak ke Mekah, kerana menu ini tahan berbulan-bulan lamanya tanpa pengawet.
Bonda terpanggil untuk menjual makanan ini untuk tujuan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan yang mencari produk makanan halal yang sesuai dengan keadaan semasa.

Kenapa, bonda telah menukar nama menunya itu?
Jawapannya yang pasti ialah;
Orang-orang kita sering bersikap negatif kepada sesuatu menu baru. Sekiranya nama Daging Masak Cuka itu dikekalkan, mereka akan mengandaikannya bahawa daging tersebut akan berasa masam atau mereka akan mengatakan bahawa, mereka tidak boleh memakan cuka. Cara itu adalah ntuk mengelak daripada tanggapan yang negatif ke atas kebaikan makanan tersebut. Bonda telah menggunakan beberapa asam keping dan sedikit cuka kurma. Bertujuan untuk mewangikan dan merangupkan daging ketika digoreng. Bukan untuk memasamkan daging tersebut. Daging itu direbus terlebih dahulu, dan airnya akan dibuang, bermakna tidak ada kandungan masam yang berlebihan untuk daging tersebut.

2) Apabila produk baru muncul, orang-orang kita terus menghendaki rasanya yang pasti lazat dan sesuai dengan selera tekak mereka. Tetapi jarang orang yang ingin mengetahui dan ingin menikmati keaslian menu itu atau sesuatu masakan itu. Sering bertelagah dan ingin mengubah rasa kepada menu yang telah berkurun lamanya tercipta itu. Mengubah sedikit-sedikit mengikut kemahuan pelanggan itu boleh, tetapi tidak boleh sampai merosakkan tujuan sebenar menu tersebut dikeluarkan. Maklumlah di Malaysia ini banyak keturunan, banyak pula selera dan cara masakan masing-masing. Kadang-kadang apabila ada menu baru, mereka tidak reti makan dan tidak ingin menikmatinya. Tambahan lagi apabila mereka tidak pernah mendengar, melihat atau merasa.

3) Produk Daging Bawang Goreng ini telah digoreng bersama bawang merah yang banyak. Jadi seseorang pelanggan itu kenalah tahu, bahawa daging ini adalah wangi kerana dibotolkan bersama bawang goreng yang telah digoreng bersama daging tersebut.

4) Daging ini tidak diperap dengan rempah ratus. Rasa manis daging yang asli. Ada 3 versi, 1) Ori, tanpa sebarang lada.2) Sederhana pedas, lada hitam/ cili kering yang digoreng. 3) Etra Pedas iaitu perasa Lada hitam, cili kering yang digoreng dan cili padi yang digoreng
Jadi, menu ini rasanya cukup sentimantel dan asli. Jika daging ini diperap dengan pelbagai rempah untuk tujuan kesedapan, tentu menu ini tidak sampai ke Mekah pada masa itu. Tentulah akan basi di pertengahan jalan.

5) Tidak menggunakan minyak yang sama berulang-ulang, kerana setiap kali Daging digoreng, akan dipek bersama minyak bawang tersebut. Bertujuan sebagai bahan pengawet kepada daging itu.

6) Boleh terus dimakan dengan semua hidangan nasi. Atau boleh dipanaskan terlebih dahulu. Sebentar sahaja di atas dapur atau di dalam microwave. Setelah dibuka, elok disimpan ke dalam peti sejuk. Boleh dipanaskan semula untuk menikmati makanan itu seterusnya. Rasanya tidak berubah dan tahan lama.

7) Daging Bawang Goreng ini sesuai sekali untuk;
a- Jemaah yang ingin menunaikan Haji atau Umrah.
b- Penuntut-penuntut yang tinggal di asrama atau di rumah-rumah sewa.
c- Pekerja-pekerja yang sibuk.
d- kepada pesakit yang tidak boleh memakan sebarang makanan yang pedas dan berempah.
e- boleh dibawa ke mana sahaja, untuk travel, berkelah atau mendaki.
f- Untuk memudahkan pelanggan mendapatkan tenaga di siang hari setelah bersahur ketika menghadapi puasa.

g-Untuk wanita-wanita yang sedang berpantang.

P/s Pada pertama kali bonda menjamah hidangan ini, bonda tidak pandai makan. Tetapi apabila memakannya pada kali kedua, bonda mulai rindu hendak memakannya lagi. Apabila bonda menikmati keaslian rasanya untuk yang ke tiga kali, bonda terus jatuh cinta dan berhasrat untuk memasarkan dan berkongsi dengan kawan-kawan semua. Jadi marilah kita menikmati rasa yang asli ini. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang sudah menempahnya. Setakat ini sambutannya, Alhamdulillah...



DAGING BAWANG GORENG (DBG) TIDAK SAMA DENGAN DAGING PEKASAM. 'DBG' BOLEH TERUS DIMAKAN.


DBG extra Pedas. Sebelum dipek.


Contoh DBG extra Pedas yang beratnya 250g yang telah dipek di dalam plastik.


                                                                         

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB