"Ibu masak apa hari ni?" tanya anak sulungku sambil tersenyum. manis sekali senyumannya.
"Ibu masak sup saja. Makanlah sup ini sampai bersahur nanti." kataku kepada kedua anak-anakku.
Mereka akur. Aku melihat mereka makan sungguh berselera sekali. Sup ayam itu sudah lengkap. Aku tumis rempah empat sekawan dgn hirisan bawang merah. Aku tumis juga bahan yang dikisar, seperti bawang besar, bawang putih, halia dan serai. digaul bersama sedikit rempah sup dan rempah kurma juga sedikit lada sulah. kutumis sehingga wangi. kemudian aku masukkan air secukupnya. Kurenehkan bersama sup bunjut. Kumasukkan ayam yang telah dipotong kecil2. kentang dan lobak merah. kumasukkan juga bawang besar yang telah di belah 6. kumasukkan juga pangkal daun sup dan daun bawang kira-kira sejengkal panjangnya. Biar lebih lagi sedap.
Didihkan. dan aku masukkan garam main agak-agak sebab masih berpuasa. Sedikit perasa makanan.
Setelah ayam dan kentang empuk,. aku masukkan buah tomato yang telah dibelah empat. biar kuah sup terasa sedikit masam. Aku masukkan segenggam suhun. Apabila suhun telah lembut, maknanya sup telah siap.
segalanya lengkap dalam satu hidangan. sudah ada lauk dan sayur.
Namun, aku hanya memandang anak-anakku makan kerana kepenatan. lalu aku menghirup kuah sup dan makan seketul kecil ayam dan seketul kecil kentang untuk mengalas perut.
Alhamdulillah...
nikmat bersama sirap yang kubuatkan sendiri.
Semoga anak-anakku mendengar kata-kataku sehingga akhir hayatku.
Aamiin.

0 comments:
Post a Comment