Ini buah timun tikus. Buahnya comel. Sebesar hujung jari kelingking. Sepanjang setengah inci. Warna hijau ketika muda dan merah apabila sudah masak. Boleh buat ulam ketika masih hijau. Khasiatnya untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Rasanya seperti buah timun. Dalamnya pun seperti buah timun. Tetapi ada rasa sedikit masam.
Pokoknya menjalar. Suka memanjat pagar. Tumbuh sendiri. Selalunya selepas hujan. Kalau kemarau, buahnya lebih kecil. daunnya juga kecil. Daun juga boleh masak sayur pedas campur dengan cendawan busut atau pucuk miding.
Buahnya selain boleh dibuat ulam, boleh juga dimasak lemak cilipadi bersama udang. Atau masak tempoyak. Boleh cicah sambal belacan atau dimasak sayur lemak kuning. Seperti masak sayur lemak timun biasa. Tentu sedap juga dimasak bersama ikan masin. atau ikan bilis.
Cantik apabila pokok ini melilit di pagar. Warna bunganya yang kuning dan buahnya yang lebat. Kalau sudah masak, buahnya berwarna merah. Berseri. Semoga mendapat manfaat di atas perkongsian ini. Semua ciptaan Allah itu untuk dikaji dan bermanfaat kepada manusia. Cuma manusia sahaja yang tidak mengetahui. Sekian Wassalam.
Komen dari kawan ~Somnik Phattayaphan Buat ulam Sgt rangup . Blh masak asam pedas. Daun nya blh msk sayur manis & goreng dgn oyser sos. Daun juga blh celup tepung Dan goreng. Memang Sangat sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam boleh tk nk bli biji benih timun tikus kat tmpt sy ssh nk cri wspp sy boleh 0103724477
assalamualaikum, saya berminat dengan pokok ni. boleh pm saya? 0172422598
Post a Comment