Samosa Roti Massimo Special

Tuesday, 22 April 2014 0 comments
Assalamualaikum rakan-rakan bonda serta pengunjung yang dikasihi.
Bonda ni memang suka mencipta resipi-resipi baru. Terutama sekali jika ada inti-inti yang berlebihan. Mulalah kepala ni mencari sesuatu yang sesuai dipadankan.

Oklah kawan-kawan!
Inilah hasilnya Samosa Roti Massimo Special.

Cara-caranya;
Ambil beberapa keping roti biasa atau roti Massimo.
Kemudian, kawan-kawan kena siapkan intinya pula.
Untuk intinya, bonda ambil lebihan inti yang kita letak di dalam Potato Jacket. Inti tu, pandai-pandailah kawan-kawan buat. Mengikut selera anak-anak. Samada nak letak kacang panggang dan pecahkan telur bersama. Atau masukkan jagung , cendawan dan sebagainya.

Kawan-kawan juga ambil lebihan kentang bakar jika ada berbaki. Kupas kulitnya dan potong dadu. Kemudian gaulkan sekali bersama inti tadi.
Kentang bakar dan lebihan inti untuk potato jacket yang anda telah simpan di dalam peti sejuk sebelumnya, boleh digunakan lagi. Okeylah kawan-kawan. Buka pembalut tu dan kupas kulit kentang bakar tu. potong dadu. gaulkan di dalam inti tadi.
Inilah rupa inti tu bila dah masukkan kentangnya sekali. Dengan jaket-jaketnya sekali kita masukkan ke dalam bekas tu.
Selepas itu kawan-kawan, apa lagi, kita sediakanlah roti massimo kita atau roti putih biasa pun boleh. Saja nak glamor sikit. Sebutannya pun hebat kan?
~Tapi sebelum tu, sediakan dahulu tepung goreng pisang. Buat biar rangup-rangup. Terserahlah nak guna tepung buat sendiri atau menggunakan tepung segera ya, kawan-kawan! Ikut selera kawan-kawan.
Beginilah kawan-kawan! Bila kita letak inti tu kat tengah-tengah roti. Kemudian letakkan sos kegemaran anda serta hirisan cheese. Tutup roti itu tiga segi dan klim di tepi roti itu dengan adunan tepung gandum sebagai gam.
~Sediakan kuali dengan minyak yang mencukupi dan setelah panas, celup roti itu ke dalam adunan tepung goreng pisang. Goreng sampai kekuningan.
Sedap kawan-kawan! Rangup! Didalamnya ada rasa kentang, kacang panggang dan cheese!  :D
Selamat mencuba kawan-kawan.
Kawan-kawan boleh juga menggunakan inti karipap dan goreng mengikut cara di atas.
Terima kasih kita jumpa lagi di lain masa.
P/S Sila klik link ini untuk mendapatkan info tentang produk-produk terbaharu keluaran bonda;
Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB