Gambar Misteri di Pengkalan Balak.

Wednesday, 16 April 2014 13 comments
Gambar pertama; tidak ada apa2 yg ganjil.
Perhatikan dua gambar ini yang diambil selang beberapa saat sahaja. Gambar ini dirakam tepat pada pukul 12 : 11 minit 44 saat, tengahari sabtu 29/6/13. Pada petang jumaat 28/6/13 selepas asar, suami  tidur kerana keletihan dan bermimpi ngeri. Keesokannya selepas subuh saya juga bermimpi pelik. Ternyata tempat ini Keras. Berhati2lah jika menempah chalet di kawasan ini. Wallahu a'lam.

*Promote link eNovel;
Gambar ke dua, ada sesuatu di belakang kami, hanya beberapa saat dirakam selepas gambar pertama tadi.
Perhatikan gambar ke dua ini;
Ada sesuatu objek ganjil di belakangnya. Gambar ini diambil melintang oleh suami beberapa saat selepas gambar pertama di atas, iaitu pada pukul 12 : 11 minit, 52 saat. Saya telah potong gambar ini di sebelah kanan gambar itu kerana ada kereta suami saya dan seorang anak kecil perempuan. Iaitu anak kepada kawan saya itu. Supaya nampak jelas gambar tersebut, saya memotongnya. Pada masa ini semua penghuni chalet yang lain sudah check out. Tinggal saya sahaja kerana menunggu kawan saya ini. Saya pun telah bersiap-siap untuk pulang. Sesampainya di rumah, saya menatap kembali gambar ini dan dapati ada perbezaan di belakang kami. Padahal gambar ini diambil beberapa saat sahaja. Apakah BENDA di belakang kami itu? Wallahu A'lam.
Gambar ini telah diterangkan untuk melihat objek dibelakang kami.
Cuba perhatikan perbezaan kedua2 gambar ini, di sebelah kanan itu adalah gambar yang telah kami terangkan. Untuk melihat imej gambar di belakang kami dengan lebih jelas. Kami dapat lihat makhluk itu berperut buncit dan berseluar dalam putih dan nampak pusat.
Adakah anda tahu, makhluk apakah itu?


Jika anda memilih mana-mana chalet di sini; Anda sekali-kali jangan lupa untuk membaca ayat Qursi atau tiga Qul atau doa-doa yang lain supaya penginapan anda selamat daripada gangguan makhluk halus seperti ini.
SEKIAN, WASSALAM.
Semoga hidup anda tidak diganggu misteri...

13 comments:

  • Unknown said...

    kat belakang yg hitam dan merah belah kanan tulah makhluknya. itu bukan budak. Budak, anak akwan bodna ada sebelah kanan tapi bonda dah potong gambar orinya.

  • Unknown said...

    maaflah cik lynz. apa yg tak faham tu. mula2 suami bonda snap gamabr pertama tu, ok tak ada apa2, tetapi suami bonda snap lagi beberapa saat tanpa mengalihkan kameranya. apabila gambar itu diupload ke dalam FB, nampak lembaga di belakang kami pada gambar yg telah disnap beberapa saat selepas gambar pertama itu. maaf lah tulisan tu pun tulis cepat2 waktu tu, takut terlupa detailnya. nanti senang2 saya edit semula bagi jelas. Itu adalah gambar intiniti yg cuba ditonjolkan walaupun diwaktu tengahari.

  • Unknown said...

    Sy slh seorang pengusaha chalet d pantai padang kemunting...blh bg tau nm chalet yg puan sewa...ni pic d hadapan chalet yg mn satu..suraya chalet ke..

  • Unknown said...

    maaf puan, saya tak boleh dedahkan lokasinya, cuma saya bagitahu di sini adalah supaya pengunjung-pengunjung lebih berhati2 apabila menyewa chalet di tepi laut. di mana-mana pun ada makhluk halus ni, bukan di sini saja di umah kita pun ada. CUma kita dinasihatkan jgn terlalu happy dan lupa meminta perlindungan daripada Allah daripada segala gangguan. Wallahu a'lam.

  • Unknown said...

    kalau org lalu, meti suami perasan waktu ambil gambar tu sebb tempat tu sangt dekat. Dan lagi pun kalau orang yang lalu, kenapa nampak rupa bentuk macamtu? tidak jelas. Kalau jauh pun bila diambil gambar tentu nampak bentuk manusia dengan jelas, itu lagi pulak jaraknya yg dekat. Tetapi kita serah saja kepada Yang Maha Berkuasa. Moral di sini ialah, hendaklah selalu bermohon perlindungan kepada ALLAH dan jangan terlalu lupa diri.

  • Unknown said...

    Sy dh berbincang dgn suami dan amati gambar ni..maaflh bkn nk mempertikaikn ttp dlm tmph beberapa saat yg puan katakn tu blh saja org lalu..klu puan igt blkg puan nk trn ke laut ade tembok hakisan ombak yg sedikit mndatar dan batu tu boleh di panjat..imej budak perempuan berambut paras baju ni mgkn lalu d bawah sblm itu...sbb tu gmbr yg prtama tdk ada n mgkn sekeliling juga tdk ada...tp apabila beberapa saat gambar ke 2 d ambil budak perempuan trsebut naik dr tembok dan lalu d blkg puan..sbb laluan budak perempuan tu btl2 d kaki lima tembok...apapun sy tidak menafikan adanya makhluk halus...cm pd gambar ini jelas imej budak perempuan...jika puan terlihat ----- sy tdk akn menafikn...

  • Unknown said...

    saya terima komen puan itu. dan saya pun berserah kepd Allah segalanya. Terserahlah kpd org yg menilainya. Yang pasti tidak ada sesiapa di situ pada waktu itu. dan tak mungkin ada budak perempuan berjalan sendirian tanpa ahli keluarga lg ketika itu. tempat ini kecil saja, dan tidak ada siapa lg pada waktu itu. tetapi sekiranya itu adalah budak perempuan, tak apalah... hnya Allah sj yg tahu dan kita ini mmg manusia yg lemah.

  • Unknown said...

    Terima kasih Kak Sal. harap-harap dia hanya seorang kanak-kanak. Walaupun pada tengahari itu, semua penghuni di tempat itu sudah pun check out. Dan tidak ada jalan untuk terus ke hadapan jika meniti benteng tersebut.

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB