Pantun
Andai kita pandai bahasa,
kumpulan semut sedang berbicara,
aku menumpang hanya seketika,
ku dapat sarang, kupergi jua.
Andai kita pandai bahasa,
kumpulan burung sedang berkata;
terbangku bebas di luas angkasa,
Hanya menumpang rezeki Yang Esa.
Andai kita pandai berbahasa,
pepohon hijau sedang berkata,
terima kasih wahai manusia,
menyiram aku membubuh baja.
Andai kita pandai membaca,
bicara hati seorang saudara,
terima kasih kerana menjaga,
mengambil hati setiap masa.
Andai kita dapat merasa,
hayati apa yang mereka rasa,
tentulah hidup aman sejahtera,
tiada dusta,tiada sengketa.
Wan Mazlah Wan Hasan.
20/9/13
Andai kita pandai bahasa,
kumpulan semut sedang berbicara,
aku menumpang hanya seketika,
ku dapat sarang, kupergi jua.
Andai kita pandai bahasa,
kumpulan burung sedang berkata;
terbangku bebas di luas angkasa,
Hanya menumpang rezeki Yang Esa.
Andai kita pandai berbahasa,
pepohon hijau sedang berkata,
terima kasih wahai manusia,
menyiram aku membubuh baja.
Andai kita pandai membaca,
bicara hati seorang saudara,
terima kasih kerana menjaga,
mengambil hati setiap masa.
Andai kita dapat merasa,
hayati apa yang mereka rasa,
tentulah hidup aman sejahtera,
tiada dusta,tiada sengketa.
Wan Mazlah Wan Hasan.
20/9/13
—
0 comments:
Post a Comment