Nota buat seorang suami.

Saturday, 21 September 2013 0 comments
Nota buat seorang suami.

Kutinggal abang, ku tinggal sayang,
untuk berbakti kusedia berkorban,
ikhas dihati bertukar dendam,
jika pengorbanan meminta balasan.

janganlah abang berkata begitu,
adik rela memberi waktu,
izinkanlah di dalam jiwamu,
baktimu itu Allah kan tahu.

Duhai abang duhai kekanda,
kasihanilah dia yang perlu utama,
patuhi dia menuju syurga,
dindamu ini sentiasa reda.

Jangan abang mengikut dinda,
sabar itu ada berkatnya,
bergopoh gapah tiadalah guna,
nasibmu abang kutanggung bersama

Kurus badanmu menanggung siksa,
asmara kasih berjarak juga,
apakan daya kita tak upaya,
melawan takdir yang Maha Esa.

Sudah suratan kita berdua,
di dalam tidur di dalam jaga,
ingatan hanya padamu kanda,
semoga kita dapat bersama.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa,
berserah berdoa janganlah lupa,
jangan mengeluh nasib yang ada,
sampai ketua terpaksa bekerja.

Sedih pilu mengenangkan kanda,
sepatutnya di sejadah waktu yang ada,
sudah senang uzur pun tiada,
tetapi masih terbeban paksa.

Sakit badanmu dinda terasa,
saban hari menyengkang mata,
nafkahmu cari untuk mereka,
kita berdua terpaksa reda.

Sungguh terharu di dalam kalbu,
usahaku tidak sampai kemana,
bisikmu tak mampu untuk membantu,
hajatku untuk berniaga bersama.

Usahlah abang berasa gundah,
dinda berusaha sedaya upaya,
membantu abang selesaikan masalah,
semuanya itu kerana cinta.

Tidak mahu bersumpah kata,
cintaku bukan kerana harta.
kujumpa kanda sedang berduka,
cinta bersemi semangat pun tiba.

Tikamu lara kita berdua,
bangkit bangun mencapai cita,
nasib dan rezeki belum ada,
sabarlah wahai kandaku Aduka.

Wan Mazlah Wan Hasan.
20/9/13.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB