Lelaki 1

Monday 4 August 2014 0 comments
Lelaki selalu suka membiarkan masa yang merubah keadaan. Tidak pernah terfikir di hatinya bagaimana jika hati insan yang lemah itu terguris. Sangka mereka, insan yang lemah akan selalu rindukan dadanya untuk melepaskan lelah. Dan bisa kuat untuk esok hari. Tanpa siapa sedar, pada setiap malam, terkumpul keperitan itu menjadi nanah. Tidak perlu menghamburkan kata-kata nista sekiranya permintaan terakhir insan yang lemah itu menggegarkan tiang arash!

Lelaki suka membina ayat. Mereka tahu kelemahan wanita adalah dengan ayat-ayat memujuk. Semalam dia melukakan, hari ini dia bisa membasuh luka itu, dengan ayat yang sejuk bermadu. Meminta maaf jika dia melakukan kesilapan juga membuatkan hati wanita menjadi cair. dan mereka tidak pernah serik untuk mengulanginya lagi. Jika diusul, katanya dengan ringkas, "kan sayang dah tahu perangai abang. Kalau tension, begitulah. Untuk melepaskan perasaan saja, bukan simpan dalam hati pun..."
Mudahkan? Kuping yang kecil sanggupkah menadah, jika setiap hari ada saja masalah. Dan ada saja perkataan yang mengecewakan serta menghiris perasaan hati kecil seorang yang bernama isteri.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB