Menu Dan Resipi Dalam Kisah ~ 0005

Friday 11 July 2014 0 comments

                            SERAWA TELUR LAKSA KEREK a.k.a MEE SANGGOL

Menu ini sering dihidangkan oleh arwah ibu bonda sebagai pemanis untuk berbuka puasa. Rindu sangat pada arwah ibu. Satu hari tu, bonda terjumpa dengan orang yang menjual mee sanggul atau laksa kerek ini. Buatan bumiputra Melayu Islam. Tidak syak lagi bonda terus membelinya 3 paket yang berharga RM10.00 sahaja.

Arwah ibu bonda pernah menghidangkan menu ini sewaktu bonda masih kanak-kanak sekitar tahun 1970an dan 1980an.

Kerana teringatkan menu nostalgia daripada arwah ibu, terbayang di ruang mata setiap hari untuk memasaknya. Dan hari ini, barulah berkesempatan.

Baiklah kawan-kawan, di sini bonda beritahu cara-cara untuk menyediakannya. Sungguh mudah. 
~mee sanggul 
~sebiji telur ayam.
~santan secukupnya.
~daun pandan.
~Nisse (gula melaka)
~sebatang serai.
~sedikit garam.
~sesenduk gula putih.
~sagu biji jika suka. (rendam sampai kembang)
Cara-cara;
~Cairkan nisse/gula melaka.
~masukkan daun pandan.
~masukkan santan.
~pukul tekur dengan garpu hingga kembang sedikit.
~masukkan kedalam kuah tadi sedikit-sedikit sambil mengacaunya.
~masukkan serai dan sedikit sahaja garam untuk perasa lemak.
~semuanya mengikut kesesuaian bahan anda. jika mee sanggul banyak, banyaklah semua bahan tadi.
~Masukkan mee sanggul dan sagu biji yang telah direndam dan didihkan sehingga masak. jangan berhenti mengacau kuah itu, sebab nanti membuak keluar kerana ada telur.

Okeylah kawan-kawan, itulah dia menu bonda untuk hari ini;
Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB