Puisi

Monday 23 September 2013 0 comments

Bunga-bunga pagar berwarna kuning,
melilit pagar dawai tanpa lelah.
menjadi penyeri kawat usang itu.
Kerana adanya kamu wahai kembang,
sedikit seri nan tersenyum,
hanya layu dan jatuh.
lalu kau ganti lagi dengan kudup
yang baru.
dan berkembang lagi kecil-kecil.
Jarang orang perhatikanmu.
Hanya aku yang sering mengambil gambarmu,
kerana aku tidak akan pernah berpisah
walau sekecil-kecilnya keindahan
yang telah engkau hambakan.
Ilham Pena; Wan mazlah Wan hasan.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB