Motivasi.

Monday 5 August 2013 0 comments

Kata-kata satu;
Ada kawan2 kadang2 je mereka ingatkan kita.
Ada adik beradik kadang2 pun lupakan kita bila kita miskin.
Ada ibubapa kadang2 kasih sayang pun berbelah bagi dan tidak sama rata.
Ada suami pun kadang-kadang saja dia ingat kita, kadang2 ingat nak kawen lebih.
Tetapi semuanya itu kita tidak perlu kesal kerana Allah tidak pernah lupakan kita, sebab setiap 5 waktu kita ingat kepadaNya. Ingat pesanan Allah di dalam Al Quran. Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa dan suami. Masya-Allah... Janji Allah itu adalah benar!


Kata-kata dua;
kita selalu menangis kerana manusia, tetapi kita akan bahagia setelah menangis kepada Allah.

Kata-kata tiga;
kita jangan merungut sb cuaca yang panas terik.
selalulah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
muga-muga kita mendapat perlindungan dari bahang panas matahari yang hanya sejengkal di atas kepala kita ketika berada di Padang Mahsyar nanti. Insya-Allah Aamiin.


Kata-kata empat;
jika kita ada idea tetapi tidak ada ilmu; kita tidak akan kemana.
Jika kita ada kemahuan, ilmu itu kita akan dapat apabila kita ada pengalaman dengan merialisasikan idea tersebut. Kerana ilmu dan kejayaan juga sering seiringan dengan idea kita. Percaya tak? ~kata-kata motivasi oleh WMWH.


Kata-kata lima;
Kalau kita ikhlas, jangan kita ingat semua orang ikhlas dengan kita, tetapi pasti 'ada' juga yang ikhlas.
Kalau niat kita baik, kita jangan sangka semua orang berniat baik terhadap kita, tetapi mesti 'ada' juga yang terbaik.
Kalau kita tidak kedekut atau pemurah terhadap orang lain, kita jangan ingat semua orang pemurah dan tidak kedekut seperti kita, tetapi masih 'ada' orang seperti itu.
Jika kita suka membantu orang yang memerlukan, jangan kita ingat semua orang suka membantu orang lain yang sedang dalam memerlukan walaupun dia seorang yang berkemampuan. Tetapi masih 'ada' orang yang suka membantu.
Jadi, kita tidak rugi jika kita cuba mencari orang-orang seperti yang kita kehendaki itu.
Jika tidak berhasil, kita tidak rugi apa-apa. Dan bermohonlah kepada Allah, mudah-mudahan apa yang kita perlukan dicukupkan oleh Yang Maha Kuasa. Insya-Allah. Kerana yang kita mahukan itu, SEMUANYA ada pada ALLAH dan tidak ada kepada semua manusia. ~hanya sebuah coretan WMWH.


Kata-kata enam;
kita tidak perlu kecewa apabila ada orang menghina kita.
Kita tidak perlu kecewa apabila kita sering buat sesuatu sendirian.
Kita tidak perlu kecewa apabila apa yang kita buat tidak ada siapa yang lihat.
Kita tidak perlu kecewa kerana semua yang kita buat Allah Maha Tahu.
Kita tentu akan rasa gembira apabila apa yang kita lakukan sendirian itu BERJAYA dengan izinNya. Insya-Allah. Yakinlah janji ALLAH itu BENAR!


Kata-kata tujuh;
Kita jangan kalah jika kita tidak punya apa2.
Kita tidak perlu berlumba-lumba dengan mereka yang lebih berpengaruh.
Kita jangan bimbang jika usaha kita tidak ada siapa yang sudi bantu.
Kita jangan risau jika kita tidak dapat bergerak lebih jauh kerana kita belum mampu.
Kita kena yakin kepada Allah yang Maha Besar! DIA Maha Mengetahui segala niat kita.
Kita kena yakin dan teruskan usaha kita secara berdikit-dikit kerana yang kita buat bukan untuk pujian dari manusia tetapi ikhlas kerana Allah akan membuatkan hati kita rasa puas dan sangat bahagia...
Kita yakin boleh kerana kita ada ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Pena Ilham Hatiku | TNB